ANTARA PRODUK KAMI

Thursday, March 11, 2010

MPOB mahu lahir lebih ramai saintis


BANGI: Pembangunan modal insan yang holistik merangkumi ketepatan dan kemantapan ilmu pengetahuan, kemahiran intelektual dalam bidang sains dan teknologi adalah sangat diutamakan.

Ia perlu mempunyai ciri berdaya saing, progresif serta nilai yang diperoleh melalui pendidikan, latihan dan pembelajaran sepanjang hayat sejajar keperluan peningkatan gaya hidup masa kini.

Justeru, melalui Rancangan Malaysia ke-9 (RMK-9) kerajaan memfokuskan untuk melahirkan lebih ramai penyelidik, saintis dan jurutera dalam pelbagai bidang dengan nisbah 50 orang bagi setiap 10,000 tenaga kerja menjelang 2010.
“Bagi memenuhi tuntutan berkenaan, Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) menyediakan peruntukan berjumlah RM7.5 juta bertujuan melahirkan saintis terutama dalam bidang penyelidikan berkaitan industri sawit,” kata Ketua Pengarahnya, Datuk Dr. Mohd Basri Wahid pada majlis perasmian MPOB GSAS di sini baru-baru ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Perkhidmatan) MPOB, Dr Salmiah Ahmad.

“Sejak 1995, MPOB menubuhkan dana yang dikenali MPOB Graduate Research Assistantship (GSAS) dan menaja sejumlah 115 pelajar untuk melanjutkan pengajian di tahap sarjana lanjutan di universiti tempatan.
“Komitmen MPOB tidak terbatas dari segi kewangan semata tetapi turut meliputi keperluan penyelidikan dan kepakaran dalam pelbagai bidang seperti biologi, kimia, fizik dan kejuruteraan.

Menurut beliau , terdapat 69 penyelidik berkelulusan sarjana kedoktoran di MPOB yang bersedia menyelia setiap pelajar yang mengikuti program GSAS MPOB.

“Sehingga kini, 59 pelajar tajaan MPOB menamatkan pengajian dan berkhidmat dalam pelbagai sektor di negara ini. Melalui program ini, MPOB sudah menyumbang kepada kelahiran tenaga kerja mahir yang berkelayakan dalam bidang saintifik.

0 comments:

Post a Comment

PELIK TAPI BENAR