Syarikat kami juga ada membekalkan produk untuk keselamatan pekerjaan bagi mereka yang mempunyai risiko pekerjaan yang tinggi dalam bidang masing - masing . Contohnya di tempat makmal sains yang banyak terdedah dengan pelbagai penyakit dalam jangka masa panjang dan pendek . Kebanyakkan pegawai - pegawai yang bekerja di tempat - tempat tersebut tidak mementingkan keselamatan dan kesihatan mereka dengan mengambil jalan langkah yang mudah agar tugasan yang diberi dalam diselesaikan dengan cepat . Malahan , ketua majikan atau ketua jabatan tidak mempratikkan prosedur tersebut kerana bebanan kerja yang semakin banyak . Ada juga majikan yang tidak peka dengan tempat bertugas pegawai bawahannya terutama di makmal - makmal sekolah yang banyak terdedah dengan risiko keselamatan dan kesihatan . Oleh demikian , pegawai tersebut yang bertugas di tempat yang berisiko haruslah lebih peka dengan berbincang dengan majikan . Oleh itu , kami sebagai syarikat yang peka dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan ingin terus membantu dengan menyalurkan info terkini dan menjual pelbagai produk keselamatan dan kesihatan . Di antara produk kami seperti :-
ANTARA PRODUK KAMI
Showing posts with label KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN. Show all posts
Showing posts with label KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN. Show all posts
Tuesday, March 9, 2010
PRODUK PAPAN TANDA (SIGN BOARD)
Syarikat Intra Dynamic Services merupakan syarikat yang mengambil insentif untuk mempelbagaikan pembekalan barangan . Kami amat menitikberatkan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tempat kerja . Adakalanya pegawai yang bertugas terlalai semasa bekerja . Bagi mengatasi masalah ini , kami sebagai syarikat bumiputra ingin mengingatkan erti keselamatan dan kesihatan dengan menjual papan tanda (sign board) yang boleh mengingatkan samada secara langsung atau tidak langsung dengan hanya melihat papan tanda tersebut semua masyarakat umumnya tahu erti kebahayaan dalam situasi - situasi tertentu . Sesiapa yang berminat boleh menghubungi kami samada melalui email,faks atau telefon untuk keterangan yang lebih lanjut . Di antaranya papan tanda yang boleh diperolehi seperti contoh berikut :
DEFINISI KESIHATAN DAN KESELAMATAN PEKERJAAN
Kesihatan dan keselamatan pekerjaan meruapakan satu bidang yang bertujuan melindungi kesihatan, keselamatan dan kebajikan pekerja. Keselamatan tempat kerja merupakan suatu aspek penting di dalam sesebuah organisasi syarikat. Ia merupakan salah satu tanggungjawab majikan di bawah Akta Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan 1994 Malaysia untuk mengambil berat tentang kesihatan dan keselamatan para pekerja ketika bekerja di dalam sesebuah syarikat. Akta ini dikawalselia oleh Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan dari Kementerian Sumber Manusia.
Selepas 1994, Sebuah akta ditubuhkan dan diberi nama Akta Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan. Jabatan Kilang dan Jentera mula menguatkuasakan akta ini dan seterusnya nama jabatan tersebut ditukar kepada Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan.
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas
Sejarah
Keselamatan Pekerjaan diperkenalkan oleh Jabatan Kilang dan Jentera dari Kementerian Sumber Manusia berikutan insiden letupan kilang mercun di Sungai Buloh yang berlaku pada 1994. Ketika berlakunya kejadian tersebut, berpuluh-puluh pekerja terperangkap dan terkorban di dalam insiden tersebut.Selepas 1994, Sebuah akta ditubuhkan dan diberi nama Akta Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan. Jabatan Kilang dan Jentera mula menguatkuasakan akta ini dan seterusnya nama jabatan tersebut ditukar kepada Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan.
Prinsip
Akta Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan 1994 dirangka berdasarkan enam prinsip iaitu:- Pemcegahan kemalangan adalah sebahagian daripada aspek penting pengurusan dan kemahiran yang baik
- Pihak pengurusan dan pekerja mestilah bekerjasama dalam memastikan tempat kerja bebas daripada sebarang kemalangan
- Penglibatan pihak atasan adalah diutamakan dalam memimpin perlaksanaan keselamatan di tempat kerja
- Dasar keselamatan dan kesihatan pekerjaan hendaklah dirangka dan diketahui oleh semua pekerja di tempat kerja
- Organisasi dan sumber yang perlu hendaklah dibangun dan disediakan bagi menyokong ke arah kesihatan dan keselamatan pekerjaan
- Pengetahuan dan kaedah tersedia yang terbaik digunakan
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas
DEFINISI KESELAMATAN
Keselamatan merupakan perihal selamat, kesejahteraan atau keamanan. Keselamatan juga bermaksud keadaan terlindungi daripada masalah fizikal, sosial, kewangan, politik, perasaan, pekerjaan, psikologi, pelajaran dan perkara-perkara lain yang melibatkan kerosakan atau kejadian yang tidak diingini. Ini juga termasuk dalam konteks terlindung daripada sesuatu malapetaka atau kejadian yang berkaitan dengan kesihatan dan ekonomi.
Keselamatan boleh dikawal melalui jaminan atau insurans. Ini menjamin sesuatu pertubuhan hanya akan melaksanakan perkara-perkara yang patut dilakukan bagi mendapat keselamatan tersebut.
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Keselamatan boleh dikawal melalui jaminan atau insurans. Ini menjamin sesuatu pertubuhan hanya akan melaksanakan perkara-perkara yang patut dilakukan bagi mendapat keselamatan tersebut.
Jenis-jenis keselamatan
Keselamatan memainkan peranan yang penting dalam kehidupan kita. Keselamatan boleh dikategorikan dalam beberapa bidang seperti berikut :-- Keselamatan Pengguna - merujuk kepada keselamatan pengguna dalam mendapat sesuatu barangan atau perkhidmatan. Keselamatan pengguna juga termasuk hak-hak pengguna.
- Keselamatan Masyarakat - merujuk kepada keselamatan sesuatu masyarakat atau golongan penduduk yang harus dijamin demi kebaikan bersama dalam sesebuah komuniti.
- Keselamatan Pekerjaan - merujuk kepada keselamatan para pekerja yang bekerja di dalam sesebuah premis atau syarikat (kecuali tentera dan pelaut) daripada sebarang penyakit pekerjaan atau kemalangan pekerjaan. Persekitaran kerja yang sihat dan selamat membantu pekerja dapat melakukan kerja-kerja dengan betul dan meningkatkan produktiviti.
- Keselamatan Negara - merujuk kepada keselamatan negara yang dilindungi melalui kerjasama serantau atan melalui pertahanan sendiri untuk memastikan tidak dimonopoli oleh kuasa-kuasa luar dari segi ekonomi, budaya, dan politik
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
BAGAIMANAKAH BOLEH TERJADINYA KEMALANGAN DI MAKMAL
KESELAMATAN DI DALAM MAKMAL
Apabila kita berada di dalam makmal, faktor-faktor keselamatan perlulah dititik beratkan dalam mencegah berlakunya kejadian yang tidak di ingini. Selain daripada itu juga amalan menjaga keselamatan di makmal dapat menjamin kualiti kerja yang dilakukan disamping mewujudkan suasana persekitaran tempat kerja yang sihat.
BAGAIMANAKAH BOLEH TERJADINYA
KEMALANGAN DI MAKMAL
Terdapat dua faktor yang di lihat mampu menyebabkan kemalangan boleh terjadi di dalam makmal. Iaitu faktor diri dan faktor persekitaran. Faktor diri merujuk kepada etika ahli makmal tidak menitikberatkan penjagaan kesalamatan diri sehingga menyebabkan kecelakaan berlaku ke atas diri sendiri seperti etika pemakaian yang tidak sesuai apabila melakukan kerja-kerja makmal. Selain daripada itu juga faktor fizikal dan mental ahli makmal merupakan salah satu penyumbang berlakunya kemalangan di makmal.Dari segi faktor persekitaran pula ianya merujuk seperti keadaan dan suasana di dalam makmal. Contohnya peralatan di makmal sudah uzur ataupun telah rosak tetapi tetap terus mengoperasikan peralatan tersebut sehingga berlakunya kejadian tidak diingini. Keadaan makmal tidak terurus seperti susunan peralatan makmal dan perabot makmal dalam keadaan tidak sesuai sehingga mengundang bahaya kepada semua ahli makmal.
APAKAH ETIKA KESELAMATAN MAKMAL
YANG PERLU DITERAPKAN
Ahli makmal sentiasa peka menjaga keselamatan diri dan juga ahli makmal yang lain. Sentiasa berwaspada dan tidak bermain di makmal. Sentiasa menitikberatkan aspek-aspek kebersihan di dalam makmal. Mengetahui penjagaan dan pengendalian bahan kimia di dalam makmal. Tahu bertindak dengan betul sekiranya berlaku kemalangan pada diri sendiri dan ahli makmal yang lain. Menggunakan alatan dan kelengkapan perlindungan tambahan di makmal seperti memakai kot makmal. Tahu cara menggunakan alatan kecemasan seperti pemadam api.
Apabila kita berada di dalam makmal, faktor-faktor keselamatan perlulah dititik beratkan dalam mencegah berlakunya kejadian yang tidak di ingini. Selain daripada itu juga amalan menjaga keselamatan di makmal dapat menjamin kualiti kerja yang dilakukan disamping mewujudkan suasana persekitaran tempat kerja yang sihat.
BAGAIMANAKAH BOLEH TERJADINYA
KEMALANGAN DI MAKMAL
Terdapat dua faktor yang di lihat mampu menyebabkan kemalangan boleh terjadi di dalam makmal. Iaitu faktor diri dan faktor persekitaran. Faktor diri merujuk kepada etika ahli makmal tidak menitikberatkan penjagaan kesalamatan diri sehingga menyebabkan kecelakaan berlaku ke atas diri sendiri seperti etika pemakaian yang tidak sesuai apabila melakukan kerja-kerja makmal. Selain daripada itu juga faktor fizikal dan mental ahli makmal merupakan salah satu penyumbang berlakunya kemalangan di makmal.Dari segi faktor persekitaran pula ianya merujuk seperti keadaan dan suasana di dalam makmal. Contohnya peralatan di makmal sudah uzur ataupun telah rosak tetapi tetap terus mengoperasikan peralatan tersebut sehingga berlakunya kejadian tidak diingini. Keadaan makmal tidak terurus seperti susunan peralatan makmal dan perabot makmal dalam keadaan tidak sesuai sehingga mengundang bahaya kepada semua ahli makmal.
APAKAH ETIKA KESELAMATAN MAKMAL
YANG PERLU DITERAPKAN
Ahli makmal sentiasa peka menjaga keselamatan diri dan juga ahli makmal yang lain. Sentiasa berwaspada dan tidak bermain di makmal. Sentiasa menitikberatkan aspek-aspek kebersihan di dalam makmal. Mengetahui penjagaan dan pengendalian bahan kimia di dalam makmal. Tahu bertindak dengan betul sekiranya berlaku kemalangan pada diri sendiri dan ahli makmal yang lain. Menggunakan alatan dan kelengkapan perlindungan tambahan di makmal seperti memakai kot makmal. Tahu cara menggunakan alatan kecemasan seperti pemadam api.
CONTOH-CONTOH BAHAN BIOHAZARD
CONTOH-CONTOH BAHAN BIOHAZARD
1. Bahan-bahan biologi yang berkeupayaan menyebabkan kanser dan kerosakan tisu. Contohnya toksin dari haiwan yang berbisa.
2.Mikroorganisma yang mampu menjangkiti dan menyebabkan manusia berpenyakit seperti parasit, bakteria, virus dan fungi.
3. Tisu biopsi dan tisu autopsi,dari haiwan dan juga manusia. Cecair seperti mukus, kahak, air liur, peluh, hingus dan sebagainya.
4. Haiwan atau tumbuhan yang mempunyai ciri-ciri transgenik iaitu telah melalui proses-proses pertukaran gen-gen yang tertentu.
5.Bahan recombinant DNA serta pelbagai jenis vektor-vektor penyakit zoonosis.
Apa itu hazard?
Apa itu hazard?
Hazard adalah apa sahaja yang mempunyai potensi mengakibatkan kemudaratan dalam konteks kecederaan dan penyakit kepada:
- manusia (guru, kakitangan dan pelajar)
- kerosakan harta benda (kerusi, lampu dan lain-lain)
- kerosakan persekiratan tempat kerja ( bilik darjah, kantin, padang permainan, makmal)
Jenis-jenis hazard
- Hazard elektrik : mengakibatkan kejutan elektrik, kebakaran akibat lebihan beban (overload) dan menjadi panas.
- Hazard mekanikal : hazard yang memberikan kesan kerana sifar fizik dan kimianya serta tindakbalas kimianya. Contoh: asid hidroklorik, gas toksik, gas mudah terbakar serperta metana.
- Hazard fizikal : dikaitkan dengan tenaga, ini termasuklah hazard objek terjatuh, perlanggaran, tekanan dan bunyi.
- Hazard biologi : hazard yang berpunca daripada benda hidup. Misalnya organisma seperti bakterua, virus, kulat dan yis berkangkit. Hazard ini boleh membawa penyakit kepada manusia.
Mengawal risiko hazard
Berikut adalah kaedah untuk mengawal risiko sesuatu hazard
- Menghapuskan hazard (Eliminate)
- Menggantikan hazard (Substitute)
- Kawalan rekabentuk/kejuruteraan (Engineering)
- Menghadkan dedahan kepada hazard/kawalan pentadbiran (Administrative)
- Peralatan perlindungan diri
KESELAMATAN DI BILIK DARJAH
- Mengurangkan risiko kesihatan akibat pendedahan kepada bahan kimia serta mengelakkan kemalangan atau kecederaa berlaku
- Jumlah pelajar di dalam makmal hendaklah sesuai dengan kapasiti makmal
- Menjangka & mengenalpasti hazard dan risiko makmal
- Pengawasan agar pelajar mengikut arahan yang diberikan dan tidak ditinggalkan bekerja bersendirian tanpa sebarang pengawasan
- Pastikan setuap bahan kimia disimpan dalam jumpa terkawal atau diasingkan mengikut garis panduan keselamata
- Pastikan penggunaan peralatan/ pakaian perlindungan diri yang sesuai
- Pastikan makmal sentiasa tersusun rapi dan mempunyai ruang selsa untuk bergerak
KESELAMATAN DI BENGKEL DAN MAKMAL
Keselamatan di Makmal
- Keselamatan dan kesihatan merupakan suatu aspek penting dalam pengendalian makmal.
- Untuk menjamin persekitaran makmal yang selamat, semua pihak yang menggunakan makmal seharusnya terlibat.
- Mengurangkan risiko kesihatan akibat pendedahan kepada bahan kimia serta mengelakkan kemalangan atau kecederaa berlaku.
- Jumlah pelajar di dalam makmal hendaklah sesuai dengan kapasiti makmal.
- Menjangka & mengenalpasti hazard dan risiko makmal.
- Pengawasan agar pelajar mengikut arahan yang diberikan dan tidak ditinggalkan bekerja bersendirian tanpa sebarang pengawasan.
- Pastikan setuap bahan kimia disimpan dalam jumpa terkawal atau diasingkan mengikut garis panduan keselamatan.
- Pastikan penggunaan peralatan/ pakaian perlindungan diri yang sesuai.
- Pastikan makmal sentiasa tersusun rapi dan mempunyai ruang selsa untuk bergerak.
- Pastikan dtiada alangan di semua jalan keluar makmal.
- Makanan dan minuman dilarang dalam makmal.
Keselamatan di Bengkel
- Murid mestilah mendapat kebenaran sebelum menggunakan bengkel.
- Tidak dibenarkan melakukan kerja2 bengkel tanpa pengawasan guru bertugas.
- Laportkan kepada guru jika peralatan yang digunakan tidak berfungsi dan tiada dalam simpanan seperti yang dipamerkan.
- Penggnaan sebarang peralatan mestilah mengikut prosedur dan tunjuk ajar guru.
- Memastikan tangan dibersihkan selepas aktiviti dijalankan.
- Dilarang bermain, berlari, membuat bising atau berkelakuan tidak senonoh di dalam bengkel.
- guru memastikan bahan buangan lebihan dibuang atau disimpan dengan cara yang betul.
!–>!–>
| Ular Cobra Berkepala Lima Di India |
| awek cun tgh mandi manda. |
| Gambar Jersi Bola Sepak QPR Tajaan Air Asia dan MAS |
| Daun belalai gajah atau Sabah snake grass pengubat kanser |
| Kelibat pocong atas bukit |
| Homestay Malaysia |
| Yuran/Jadual |
| TV DAN RADIO MALAYSIA |
| Cara mencuci kemaluan dengan betul |
| Kaki Tangan Kerajaan Suka Berita Baik SBPA |
| Unik: Menara Kambing |





