ANTARA PRODUK KAMI

Tuesday, March 16, 2010

Sains fizikal

Pengenalan PDF Cetak E-mail
Sains Fizikal adalah bentuk sains yang merangkumi ilmu fizik, ilmu kimia, astronomi dan ilmu geologi yang menganalisis keadaan semula jadi dan sifat-sifat jirim tenaga kuasa dan bahan yang tidak hidup.

Risiko berkaitan pendedahan kepada sinaran angkasa merupakan faktor terpenting yang membatas kemampuan manusia menyertai misi angkasa yang tempoh masanya panjang. Penjelajahan angkasa perlu mengambil manfaat daripada hasil eksperimen-eksperimen berkaitan yang dijalankan di angkasa. Kefahaman tentang kesan sinaran angkasa kepada manusia penting dipertingkatkan.

Penyinaran
Risiko berkaitan pendedahan kepada sinaran angkasa merupakan faktor terpenting yang membatas kemampuan manusia menyertai misi angkasa yang tempoh masanya panjang. Penjelajahan angkasa perlu mengambil manfaat daripada hasil eksperimen-eksperimen berkaitan yang dijalankan di angkasa. Kefahaman tentang kesan sinaran angkasa kepada manusia penting dipertingkatkan.

Latar Belakang

Risiko sinaran yang paling utama kepada angkasawan timbul disebabkan penyakit barah teraruh yang mana ukuran dos setara peringkat organ diperlukan. Isu berkaitan mengukur risiko sinaran dalam penerbangan angkasa yang dipandu manusia ada hubungannya dengan membuat anggaran dos setara peringkat organ. Setakat ini, kedua-dua kaedah ekperimen dan operasi hanya terhad kepada ukuran dos permukaan (kulit).

Dos peringkat organ dianggarkan secara konservatif melalui perhitungan  menggunakan model persekitaran sinaran dan model-model pemindahan sinaran yang bersesuaian. Jika ketepatan model-model ini dimurnikan, angkasawan yang lebih berpengalaman akan kurang terbatas dengan ukuran dos kulit.

ObjektifSecara keseluruhannya, objektif eksperimen Torso ialah untuk memperkembang kemampuan menghitung dengan tepat dos yang diserap oleh organ dan dos setara dalam manusia yang terdedah kepada sinaran angkasa pengion.

Eksperimen ini mencadangkan penggunaan torso fantom (dengan kepala) yang dilengkapi peralatan, bagi mendapatkan ukuran dos-setara-kedalaman. Dos-setara-kedalaman akan dilihat sebagai fungsi altitud, atitud, lokasi dan masa. Ukuran dalaman bagi torso itu akan disokong dengan ukuran sinaran yang lain daripada Tissue Equivalent Proportional Counter dan Charged Particle Direction Spectrometer.
Perkakasan bagi eksperimen ini terdiri daripada tiga bahagian utama. Peralatan yang serupa telah dibawa terdahulu pada misi ulang alik

a) Torso Fantom tersebut menyerupai suatu model anatomi kepala dan badan orang lelaki, yang diperbuat daripada tisu-otot plastik. Torso mengandungi 35 hirisan "bahagian" yang ditempatkan di dalam suatu sut Nomex. Bahagian-bahagian itu dihubungkan melalui suatu sistem pin dan lubang.

Lubang-lubang di dalam fantom itu digunakan untuk pengesan sinaran aktif dan pasif. Lima dosimeter yang aktif terletak di tempat-tempat strategik yang penting dari segi radiobiologi (kepala, leher, jantung, perut dan kolon) dan akan memberikan ukuran-ukuran masa sebenar.     

b) Sebuah Pembilang Berkadaran Setara Tisu (Tissue Equivalent Proportional Counter (TEPC) ) akan diletakkan berdekatan dengan fantom itu untuk mengukur dos luaran. Alat ini memungkinkan suatu kaedah yang efisien bagi menentukan dos sinaran dan dos setara dalam medan sinaran yang kompleks (bercampur). Alat ini merekod spektra tenaga linear bagi menentukan pendedahan dos setara.

c) Sebuah Spektrometer Arah Zarah Bercas  (Charged Particle Direction Spectrometer (CPDS) ) akan diletakkan berdekatan dengan fantom itu bagi mengukur tenaga dan arah zarah dalam persekitaran yang pada amnya sama seperti bagi TEPC. Oleh kerana tindak balas antara ion berat dan sekundernya dengan tisu tidak begitu difahami, ukuran spektra ion berat dan proton akan dibuat pada luaran pesawat dan juga di dalamnya.



Media
Radiation Suite
Radiation Suite
Radiation Suite
 

0 comments:

Post a Comment

PELIK TAPI BENAR