KOTA KINABALU: Seorang jururawat lelaki dan seorang pekerja restoran, masing-masing ditemui mati dipercayai akibat serangan penyakit jantung di dua tandas berbeza, di sini, kelmarin. Dalam kejadian pertama, jururawat terbabit, Nazarlus Michael Awang, 56, ditemui mati dalam tandas asrama Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Bukit Padang, dekat sini, kira-kira jam 10 pagi. Jurucakap polis berkata, sebelum ditemui mati, Nazarlus menghadiri kelas pada jam 8 pagi dan dipercayai pulang ke asrama untuk mengambil beg sebelum pulang ke rumahnya di sebuah taman di pinggir bandar raya ini. Bagaimanapun, isterinya yang menunggu di luar asrama itu bimbang apabila panggilan telefonnya tidak dijawab, lalu mengajak seorang rakannya melihat apa yang berlaku ke atas suaminya. Selepas puas mencari lelaki itu, si isteri dan rakannya mengesyaki Nazarlus berada dalam bilik air yang berkunci dari dalam. “Mereka terpaksa memecahkan pintu bilik air selepas panggilan tidak dijawab dan terkejut mendapati Nazarlus terbaring, lalu menghubungi ambulans serta polis. Siasatan awal mendapati lelaki itu mati dipercayai akibat serangan penyakit jantung. Polis klasifikasi sebagai mati mengejut. Sementara itu, dalam kejadian di sebuah restoran di Jalan Lintas di sini, pekerja restoran, Taya Gulam, 47, ditemui mati dalam tandas restoran berkenaan kira-kira jam 1 petang. Mayat Taya ditemui anaknya, Marda Abdullah, 20, yang turut berkerja di restoran berkenaan selepas pintu tandas dikopak apabila mendapati panggilannya tidak dijawab. Siasatan turut mendapati Taya mempunyai sejarah menghidap penyakit jantung sejak beberapa tahun lalu. Mayatnya dibawa ke QEH. |
ANTARA PRODUK KAMI
Thursday, March 11, 2010
!–>!–>
Ular Cobra Berkepala Lima Di India |
awek cun tgh mandi manda. |
Gambar Jersi Bola Sepak QPR Tajaan Air Asia dan MAS |
Daun belalai gajah atau Sabah snake grass pengubat kanser |
Kelibat pocong atas bukit |
Homestay Malaysia |
Yuran/Jadual |
TV DAN RADIO MALAYSIA |
Cara mencuci kemaluan dengan betul |
Kaki Tangan Kerajaan Suka Berita Baik SBPA |
Unik: Menara Kambing |
0 comments:
Post a Comment