ANTARA PRODUK KAMI

Tuesday, March 16, 2010

KEHIDUPAN SEHARIAN DI ANGKASAWAN

KEHIDUPAN SEHARIAN DI ANGKASAWAN
 
Penjagaan Kebersihan
Angkasawan yang tinggal dan bekerja di angkasa mempunyai keperluan yang sama dengan manusia di Bumi dalam hal amalan kebersihan sebagai penjagaan kesihatan. Mereka menyikat rambut, menggosok gigi, bercukur dan menggunakan bilik air. Walau bagaimanapun, disebabkan persekitaran mikrograviti, angkasawan menggunakan beberapa kaedah yang agak berlainan bagi menjaga kebersihan diri mereka.

Angkasawan Charlie Precourt mencuci rambut dengan menggunakan syampu yang tidak perlu dibilas, yang pada awalnya direka untuk pesakit di hospital yang tidak boleh mandi. STS-92 Juruterbang Pamela Melroy menunjukkan bagaimana mencuci rambut di angkasa.
Tidur
Selepas sepanjang hari bekerja, alangkah nikmatnya jika dapat tidur dengan nyenyak! Sepertimana di Bumi, pekerja di angkasa juga tidur pada malam hari dan bangun pada keesokan hari untuk kembali bekerja. Walau bagaimanapun terdapat sedikit perbezaan. Di angkasa tiada terdapat atas atau bawah dan tiada tarikan graviti. Oleh demikian, angkasawan mengalami kenirberatan dan boleh tidur dalam apa jua kedudukan. Walau bagaimanapun mereka perlu mengikatkan diri pada dinding, tempat duduk atau katil bunk di dalam kabin kru untuk mengelakkan daripada mereka terapung-apung dan berlanggar dengan sesuatu.

Kru pesawat ulang alik dan stesen angkasa biasanya tidur di dalam beg tidur. Di pesawat ulang alik, angkasawan boleh juga tidur di tempat duduk komander, tempat duduk juruterbang atau di katil bunk. Terdapat hanya empat katil bunk  di dalam pesawat ulang alik. Ini bermakna bagi misi yang terdiri daripada lima atau lebih angkasawan, anggota kru lain perlu tidur dalam beg tidur yang diikatkan pada tempat duduk mereka atau pada dinding. Di stesen angkasa terdapat dua kabin kru. Setiap satu memuatkan seorang sahaja.

Di dalam kedua-dua kabin terdapat beg tidur dan tingkap besar untuk memandang ke luar di angkasa. Dalam keadaan semasa, kru stesen angkasa terdiri daripada tiga angkasawan yang tinggal dan bekerja di angkasa untuk beberapa bulan setiap kali. Di manakah angkasawan yang ketiga itu tidur? Dengan kebenaran komander, angkasawan itu boleh tidur di mana-mana di dalam stesen angkasa asalkan dia mengikat dirinya pada sesuatu.

Komander Commander Yury Usachev dan Jurutera Penerbangan James Voss dalam Ekspedisi Dua (Expedition Two) tidur dalam ruang kru di dalam Modul Khidmat Zvezda. Jurutera Penerbangan Susan Helms tidur di dalam Makmal Destiny.Angkasawan Susan Helms tidur bersendirian di dalam Modul Makmal Destiny yang luas sewaktu dia tinggal di Stesen Angkasa Antarabangsa. Tempat itu terletak bertentangan dengan Modul Khidmat yang menjadi tempat tidur rakan-rakannya.

Ukuran panjang  Stesen Angkasa Antarabangsa sewaktu misi tersebut ialah 52 meter (171 kaki).Secara amnya, angkasawan dijadualkan tidur selama lapan jam di hujung setiap hari misi. Namun, seperti di Bumi, mereka mungkin bangun di tengah malam untuk ke bilik air, atau berjaga lewat dan memandang ke luar tingkap. Sepanjang tempoh mereka tidur, angkasawan pernah melaporkan mereka bermimpi dan mengigau. Ada juga yang melaporkan mereka berdengkur di angkasa!Keseronokan berada di angkasa dan keadaan mabuk udara boleh mengganggu pola tidur seseorang angkasawan. Tidur dalam tempat sempit juga mengganggu kerana mereka boleh mendengar satu sama lain.

Tidur di dalam  kokpit pesawat pula menimbulkan masalah kerana matahari terbit setiap 90 minit sewaktu misi. Cahaya matahari dan kehangatan yang memasuki tingkap kokpit mengganggu seseorang yang tidur di situ tanpa memakai  topeng tidur.Apabila tiba masa untuk bangun, Pusat Kawalan Misi di Houston,Texas, menghantarkan muzik untuk menggerakkan kru. Biasanya, Kawalan Misi akan memilih lagu bagi angkasawan yang berlainan setiap hari. Kadang kala, ahli keluarga angkasawan akan membuat permintaan lagu kegemaran seseorang tertentu.

Pelbagai jenis lagu dimainkan, bergantung kepada angkasawan yang terlibat, termasuk lagu jenis rock and roll, country and western, klasikal, ataupun muzik Rusia. Walau bagaimanapun, cuma kru pesawat ulang alik sahaja yang menerima muzik seperti ini. Kru stesen angkasa hanya menggunakan jam loceng.



Links

Sumber: http://spaceflight.nasa.gov


Media
Kehidupan Seharian
Kehidupan Seharian
Kehidupan Seharian  

0 comments:

Post a Comment

PELIK TAPI BENAR