ANTARA PRODUK KAMI

Monday, March 29, 2010

Al Fatihah ke Atas Kemangkatan DYMM Sultan Johor

Al Fatihah ke Atas Kemangkatan DYMM Sultan Johor

39927_f260

Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, mangkat  selepas memerintah Johor hampir tiga dekad. Baginda berusia 77 tahun.
Almarhum mangkat pada pukul 7.15 malam di Hospital Pakar Puteri di sini selepas dimasukkan ke hospital itu semalam kerana gering.

Kemangkatan baginda diumumkan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman di sini pada pukul 11.20 malam.

Baginda meninggalkan Sultanah Zanariah serta 10 orang putera dan puteri.
Sultan Iskandar, yang diputerakan di Istana Semayam, Johor Bahru pada 8 April 1932, dimasyhurkan sebagai Sultan Johor pada 11 Mei 1981.Tiga tahun kemudian pada 15 November 1984 baginda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong kelapan.

Kami raykat jelata dari Johor Darul Takzim dan Warga INTRA DYNAMIC SERVICES  mengucapkan takziah kepada kaum kerabat keluarga diraja negeri johor di atas kemangkatan DYMM Sultan Mahmud Iskandar Alhaj Ibni Al-Marhum Sultan Ismail.

0 comments:

Post a Comment

PELIK TAPI BENAR