ANTARA PRODUK KAMI

Monday, March 29, 2010

Al Fatihah ke Atas Kemangkatan DYMM Sultan Johor

Al Fatihah ke Atas Kemangkatan DYMM Sultan Johor

39927_f260

Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, mangkat  selepas memerintah Johor hampir tiga dekad. Baginda berusia 77 tahun.
Almarhum mangkat pada pukul 7.15 malam di Hospital Pakar Puteri di sini selepas dimasukkan ke hospital itu semalam kerana gering.

Kemangkatan baginda diumumkan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman di sini pada pukul 11.20 malam.

Baginda meninggalkan Sultanah Zanariah serta 10 orang putera dan puteri.
Sultan Iskandar, yang diputerakan di Istana Semayam, Johor Bahru pada 8 April 1932, dimasyhurkan sebagai Sultan Johor pada 11 Mei 1981.Tiga tahun kemudian pada 15 November 1984 baginda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong kelapan.

Kami raykat jelata dari Johor Darul Takzim dan Warga INTRA DYNAMIC SERVICES  mengucapkan takziah kepada kaum kerabat keluarga diraja negeri johor di atas kemangkatan DYMM Sultan Mahmud Iskandar Alhaj Ibni Al-Marhum Sultan Ismail.

PENAFIAN / DISCLAIMER

Penafian / Disclaimer
 
 
Laman ini (kandungannya) TIDAK merupakan atau perjanjian sebarang tawaran, potongan, perjanjian atau kontrak. Informasi di dalam laman ini untuk hanya untuk tujuan pengetahuan dan berkemungkinan mengandungi kesilapan. Sebarang pautan di luar lokasi laman ini tidak terikat atau berkaitan dengan Syarikat Intra Dynamic Services.
Nothing contained within pages on this website constitutes nor is intended to constitute an offer, inducement, promise or contract of any kind. The information within this website is for informational purposes only and contain errors. Any links to locations outside this website do not constitute an endorsement of the linked materials by Syarikat Intra Dynamic Services.

Tuesday, March 16, 2010

Gerhana bulan

PROGRAM GERHANA BULAN SEPARA DAPAT SAMBUTAN HANGAT
          Program Gerhana Bulan Separa anjuran Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) dengan kerjasama Masjid Negara yang berlangsung di ambang tahun baru 2010 iaitu mulai jam 1.00 hingga 6.00 pagi disertai hampir 1500 orang awam.
          Program yang diadakan di Perkarangan Luar Masjid Negara (berhampiran tapak ekspo) ini  turut dihadiri oleh Y.Bhg Tan Sri Syaikh Hj. Ismail bin Muhammad, Imam Besar Masjid Negara, Pn. Azreena Ahmad, Pengarah Bahagian Pendidikan & Sains Angkasa (ANGKASA), dan Tuan Haji Othman Bin Mustapha, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi). Kira-kira 10 buah teleskop disediakan untuk memastikan orang awam berpeluang menyaksikan fenomena ini secara lebih dekat. Antara pihak yang terlibat dalam menyediakan kemudahan teleskop ialah ANGKASA, Persatuan Astronomi Star Hunter dan Persatuan Falak Syarie Malaysia.
          Seawal jam 10.00 malam orang ramai mulai membanjiri perkarangan luar Masjid Negara bagi memastikan mereka berpeluang menyaksikan fenomena ini di lokasi yang strategik. Pelbagai pengisian program turut diadakan sepanjang ianya berlangsung antaranya Pencerapan Planet Zuhal dan Marikh dan Sudut Islam, Kuiz Gerhana, Pameran Bulan, Solat Sunat Gerhana (Solat Sunat Khusuf) serta Khutbah Gerhana..Tidak ketinggalan sesi astrofotografi turut dijalankan oleh semua peminat astronomi dan pihak media.
          Siaran langsung fenomena ini turut disaksikan menerusi laman web ANGKASA di www.angkasa.gov.my bagi memberi peluang kepada semua rakyat Malaysia menyaksikan fenomena khususnya bagi mereka yang tidak berkesempatan ke Masjid Negara. 
          Faktor cuaca yang berawan iaitu mulai jam 1.00 pagi hingga 3.20 pagi menyukarkan kenampakan fenomena ini dan rata-rata orang awam kecewa kerana tidak berpeluang melihat perubahan fenomena Gerhana Bulan untuk kali ini. Manakala pada jam  3:20 pagi hingga 5:30 pagi planet Zuhal dan Marikh berjaya dicerap menerusi teleskop dan ianya meredakan kekecewaan orang ramai.
          Program yang mendapat sambutan hangat ini akan diteruskan bagi memastikan minat serta penglibatan rakyat Malaysia terhadap astronomi ini berterusan dan secara tidak langsung memahami kepentingan bidang ini dalam pembangunan sosioekonomi Negara.

Kenali angkasawan Malaysia

Kenali Angkasawan
Angkasawan™ 01
Butir-butir Peribadi
Nama:  Dr. Sheikh Muszaphar Shukor
Tarikh Lahir: 27 Julai 1972
Tempat Lahir: Kuala Lumpur
Jantina: Lelaki
Warganegara: Malaysia

Sejarah Kerjaya  
Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (2005-Present)
Hospital Selayang (2000-2001)
Hospital Kuala Lumpur (1999)
Hospital Seremban (1998)

PelajaranSPM - MRSM MARA, Muar

Kelulusan
MBBS in KMC Manipal, India
Master in Orthopaedic Surgery in HUKM
  

Media
Dr. Sheikh Muszaphar Shukor
Angkasawan 02
Butir-butir Peribadi
Nama:  Dr. Faiz Bin Khaleed
Tarikh Lahir: 15  September 1980
Tempat Lahir: Kuala Lumpur
Jantina: Lelaki
Warganegara: Malaysia

Sejarah KerjayaDental Surgeon Royal Malaysian Armed Forces (2005-Present)

Pelajaran
SPM - St. John's Institution, Kuala Lumpur

Kelulusan
Bachelor of Dental Sugery University of Malaya   
Media
Dr. Faiz Bin Khaleed    
PELIK TAPI BENAR