RazakSAT |
Sebuah Medium Aperture Camera Satellite (RazakSATTM), yang merupakan satelit kecil kedua Malaysia akan berupaya membekalkan imej data yang spesifik dan kerap kepada pengguna di Malaysia dan juga negara-negara yang terletak dalam linkungan khatulistiwa.
Satelit ini membawa muatan elektro-optik dan Kamera Bukaan Saiz Sederhana (Medium-sized Aperture Camera) atau lebih dikenali sebagai MAC. Kamera ini merupakan kamera berjenis pushbroom yang terdiri daripada 5 pengesan berjenis linear (1 pengesan berjenis pankromatik dan 4 pengesan berjenis multi-spektra).
Satelit ini akan dikendalikan melalui segmen buminya yang berada di Malaysia. Segmen bumi ini terdiri daripada Stesen Kawalan Misi (MCS) dan Stesen Penerimaan Dan Pemprosesan Imej (IRPS). MCS akan digunakan untuk mengawal dan melaksanakan misi RazakSATTM, termasuklah penghasilan arahan dan penerimaan maklumat satelit. IRPS pula digunakan untuk menerima dan menganalisa imej-imej RazakSATTM sebelum diedarkan kepada pengguna.
RazakSATTM merupakan hasil kerjasama di antara Malaysia Astronautic Technology (M) Sdn Bhd (ATSB) dan Satrec Initiative Co. Ltd, Republic of Korea. Links
Informasi Mengenai RazakSAT™
Media | ||
|
0 comments:
Post a Comment