PENYEDIAAN REAGEN YANG MUDAH DAN PENYEDIAAN PEWARNA BIASA BAGI BIOLOGI
1.1. LARUTAN IODIN
CARA MEMBUATNYA: larutkan 20 g pepejal kalium iodida dalam 1 liter air suling . Masukkan 12.7 g pepejal iodin dan kacau hingga larut. Jika terlalu, cair dengan air suling mengikut keperluan.
KEGUNAANNYA:
a. Menguji kehadiran kanji - jika ada kanji warnanya bertukar ke biru kehitaman.
B. Mengenal tisu berkayu -- jika ada tisu berkayu warnanya kuning pekat.
C. Mengenal tisu tidak berkayu - jika ada tisu tidak berkayu warnanya kuning pucat.
1.2 LARUTAN ASITIK ORCEIN
CARA MEMBUAT: Pepejal orcein boleh dilarutkan dalam asid asitik lalu menghasilkan larutan asitik orcein. Masukkan 45 cm3 asid asitik tulin ke dalam sebuah kelalang yang mempunyai kondenser refluks, campurkan 55 cm3 air suling ke dalamnya. Masukkan 3 gm pepejal orsein dan simpan dalam almari wasap. Jika menggunakan kondenser refluks, tak payah menyimpan kelalang dalam almari wasap. Selepas beberapa jam, masukkan manik-manik kaca dan didihkan kelalang perlahan -lahan selama 2 jam. ( jika ada kondenser reflux, didihkan selama 1 jam) Sejukkan dan kemudian turaskan. Bila perlu, campurkan 10 cm3 larutan simpanan itu dengan 12 cm3 air suling.
KEGUNAANNYA.
A. Untuk mengenal bahagian kromosom yang akan berwarna merah.
1.3 LARUTAN METHYLENE BLUE
CARA MEMBUATNYA: campurkan 1 g methylene blue dan 0.6 g natrium klorida dalam 100 cm3 air suling.
KEGUNAANNYA;
a. Untuk mengenal nuklius dalam sel.
1.4. LARUTAN EOSIN
CARA MEMBUATNYA: larutkan 0.5g eosin dalam 100 cm3 air suling.
KEGUNAANNYA: sebagai pewarna dalam air untuk mengesan pergerakan air dalam xilem.
1.5 LARUTAN SAFRANIN
CARA MEMBUATNYA: Larutkan 1 g safranin dalam 100 cm3 etanol 50 % . rendamkan tisu yang hendak diwarnakan itu ke dalamnya selama 1/2 jam. Keluarkan dan basuh dengan air suling dan sediakan larutan asitik - etanol dengan cara mencampurkan 1 cm3 asid astik dengan 99 cm3 etanol 70% . Selepas tisu dibasuh dengan air suling, rendam pula ke dalam larutan asitik - etanol untuk menanggalkan safranin.
KEGUNAANNYA:
a. Mewarnakan bahagian tumbuhan di mana nuklius, lignin dan kutikal menjadi merah.
1.6 LARUTAN LAC TOPHENOL - COTTON BLUE
Cara membuatnya: Campurkan hablur fenol 20 g, asid laktik 20 gm , gliserol 40g, cotton blue (metil biru) 0.05 g dan air suling 20 cm3. Rendam tisu kulat dalam larutan itu selama 5 minit. Basuhkan dengan air untuk menamggalkan pewarna yang berlebihan. Periksa di bawah mikroskop.
KEGUNAANNYA:
a. Untuk mewarnakan kulat.
1.7 LARUTAN LEISHMAN
CARA MEMBUATNYA: Hancurkan 0.2g serbuk pewarna Leisman dalam 10 cm3
metanol 100% dalam sebuah lesung . Tambahkan metanol sedikit demi sedikit sehingga menjadi 100 cm3 dan betul-betul larut.
Kemudian terus dan disimpan di dalam botol yang tertutup rapi.Kemudian sediakan larutan tampan Ph 6.8 dengan kaedah berikut;
i. Larutkan 9.1g kalium dihidrogen fosfat menjadi 1 liter.
Ii. Larutkan 9.5 g dinitarium hiderogen fosfat menjadi 1 liter.
Iii. Campurkan 50.8 cm3 larutan (i) dan 49.2 cm 3 larutan (ii)
Kemudian rendamkan lapisan darah tersebut dengan pewarna Leishman selama satu hingga satu setengah jam. Tambahkan sama banyak fosfat tampan pH 6.8. Tiupkan dengan mulut supaya pewarna bergaul dengan larutan tampan. Biarkan selama 10 minit. Basuh dengan aliran air yang perlahan . Rendam dalam larutan tampan selama 30 saat atau lebih. Keluarkan sisip dan biarkan kering dalam udara.
0 comments:
Post a Comment