Cara sains mengkaji sesuatu perkara adalah dengan melihatnya dengan teliti, mengukurnya, membuat uji kaji, dan dengan cuba menerangkan mengapa sesuatu perkara terjadi. Mereka yang melakukan perkara ini dipanggil ahli sains. menyediakan Peralatan Makmal Sains, Peralatan Fizik, Peralatan Kimia, Peralatan Biologi dan sebagainya.

Pakar sains juga memeriksa idea pakar sains lain. Ini kerana pakar sains juga merupakan manusia, yang tidak boleh lari dari melakukan kesilapan. Jadi pakar sains perlu mempastikan bahawa idea yang digunakannya adalah betul. Peer review dan mengulangi eksperimen beberapaka kali merupakan satu-satunya cara untuk mempastikan bahawa maklumat yang diperolehi adalah benar dan tepat.
Inilah yang dipanggil kaedah saintifik. Kebanyakan orang menerima kaedah ini sebagai cara yang paling boleh dipercayai untuk mendapatkan maklumat mengenai alam, dunia, badan manusia atau binatang dan lain-lain. Walau bagaimanapun, perlu diingati bahawa sains merupakan suatu proses yang berterusan, apa yang benar hari ini mungkin kurang tepat dalam masa 100 tahun lagi.
0 comments:
Post a Comment