ANTARA PRODUK KAMI

Thursday, March 11, 2010

Dua dos vaksin H1N1 untuk imuniti penuh

Dua dos vaksin H1N1 untuk imuniti penuh

 

AYAM belanda turut dijangkiti virus H1N1 di Chile.
Saintis Amerika gesa syarikat percepat keluar ubat

WASHINGTON: Pakar percaya bahawa dua dos vaksin H1N1 diperlukan untuk mewujudkan imuniti penuh kepada virus itu ketika penasihat sains Rumah Putih mahukan pihak berkuasa Amerika Syarikat membantu syarikat perubatan mempercepatkan bekalan bagi ubat dan vaksin selesema babi.

Dengan menyifatkan pandemik H1N1 sebagai ancaman serius kepada negara itu, mereka juga meminta Pentadbiran Perubatan dan Makanan Amerika memutuskan segera mengenai formula ubat selesema baru termasuk Tamiflu yang dihasilkan firma Roche AG dan Relenza, keluaran GlaxoSmithKline.
Majlis Penasihat Sains dan Teknologi Presiden berkata, Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Manusia (HHS) perlu memaklumkan pengeluar untuk memulakan pengedaran vaksin H1N1 dengan segera.

“Tindakan itu perlu dilakukan dengan segera,” kata kumpulan itu dalam satu laporan.

Minggu lalu, Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Manusia Amerika berkata, hanya 45 juta dos vaksin terbaru H1N1 akan dapat diperoleh pertengahan Oktober, bukannya 120 juta seperti yang diramalkan sebelumnya, dengan 20 juta lagi dikeluarkan seminggu selepas itu.
HHS merancang untuk memberikan vaksin itu kepada sekurang-kurangnya 160 juta penduduk Amerika menjelang Disember dengan mengutamakan wanita hamil, pekerja kesihatan, kanak-kanak dan remaja.

“Kami masih memikirkan pertengahan Oktober adalah sasaran terbaik bagi pengeluaran terbesar,” kata Setiausaha HHS, Katheleen Sebelius kepada pemberita di Atlanta ketika beliau melawat Pusat bagi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika (CDC).

Lima syarikat dilaporkan menyediakan vaksin selesema bagi pasaran Amerika iaitu AstraZeneca, MedImmune unit, GlaxoSmithKline, Novartis AG dan Sanofi-Aventis.

Majlis itu juga mencadangkan keputusan segera diambil mengenai suntikan vaksin H1N1 supaya mereka yang benar-benar sakit sahaja diberi ubat berkenaan. - Reuters

0 comments:

Post a Comment

PELIK TAPI BENAR